Kelebihan Dan Kekurangan Kerap Melompat Kerja

Penulis : Hamizi Hamdan (owner blog :http://strategikerja.blogspot.com)

“Saya merupakan salah seorang yang kerap melompat kerja (atas sebab-sebab yang pernah saya tulis dahulu). Oleh sebab itu saya merasakan saya layak untuk menulis tentang kelebihan dan kekurangan jika kerap melompat kerja.”  Hamizi Hamdan

KELEBIHAN JIKA KERAP MELOMPAT KERJA

1. Luas pengalaman

 

– Setiap syarikat mempunyai prosedur dan polisi mereka masing-masing dalam menjalankan tugas. Melalui pengalaman anda yang luas, anda mampu memilih dan memperbaiki prosedur dan polisi syarikat anda supaya lebih berdaya saing.

 

2. Belajar perkara-perkara baru

 

– Setiap syarikat yang berbeza, mampu membantu anda mempelajari perkara-perkara baru. Kekal lama dalam sesuatu syarikat akan menyebabkan anda tepu dan melakukan perkara rutin yang membosankan.

 

3. Kenaikan pangkat

 

– Untuk kenaikan pangkat yang cepat, anda perlu melompat. Jika tidak anda akan terpaksa melalui aturan biasa di dalam syarikat yang akan mengambil masa yang sangat lama. Biasanya, jika anda bertukar kerja, anda perlu memohon jawatan yang setingkat atau dua tingkat lebih tinggi dari jawatan asal.

 

4. Kenaikan gaji

 

– Kenaikan gaji biasa di sesebuah syarikat adalah dalam lingkungan 3-10%. Bekerja lama di sesebuah syarikat juga belum boleh menjamin kenaikan gaji yang tinggi. Di Malaysia, kesetiaan kepada syarikat tidak pernah dihargai oleh mereka (tidak seperti di Jepun). Oleh sebab itu, untuk kenaikan gaji yang pantas (20-40%), anda perlu melompat kerja.

 

5. Menambah networking

 

– Berjumpa dan bergaul dengan ramai orang dapat meningkatkan network anda. Jika di setiap syarikat, anda meninggalkan nama yang baik, ia pasti menjadi modal untuk anda menjual nama anda di pasaran kerja (terutama dalam industri yang kecil ruang lingkupnya).

 

KEKURANGAN JIKA KERAP MELOMPAT KERJA

 

1. Perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran

 

– Menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang baru adalah cabaran yang paling besar sekali bagi setiap orang yang mula bekerja di syarikat baru. Ini adalah sebab utama mengapa ada orang yang tidak pandai bergaul tidak sanggup berhenti kerja tetapi menjaga maruah mereka katakan mereka setia.

 

2. Bilangan cuti tahunan menurun

 

– Sebagai orang baru di sesebuah syarikat, anda akan mendapat cuti tahunan pada tahap entry level. Jikalau di syarikat sebelum anda layak mendapat cuti tahunan sehingga 28 hari setahun (kerana lama berkhidmat), anda akan kehilangannya apabila melompat kerja.

 

3. Risiko tiada bonus

 

– Biasanya ada kena-mengena dengan timing. Jika anda masih belum confirmed ketika bonus sepatutnya keluar, maka anda tidak layak mendapat bonus pada tahun itu. Akibatnya, anda terpaksa menunggu setahun lagi.

 

4. Risiko tiada kenaikan gaji

 

– Sama seperti risiko tiada bonus. Cuma di kebanyakan syarikat Cina sahaja, mereka akan memberi kenaikan gaji setelah anda confirmed.

 

Dicatat oleh Hamizi di http://strategikerja.blogspot.com/search/label/berhenti

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s