Fadhilat Rejab: Antara realiti dan fantasi.

 

Bulan Rejab : apakah fadilatnya melebihi dari bulan-bulan yg lain?
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra’ dan mi’raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.

Pandangan Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain

Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]:
“tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya – didalamnya ada 4 bulan haram – Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram….Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya’ban..”

b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu.

Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya:
“Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab – “Rejab bulan Allah. Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”….. Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama’ mengatakan hadis ini Palsu! …. yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini…. Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yg memasukkan pe! ! ! rkara yg berlebih-lebihan….”

c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.

Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya :
“Berkata ulama’ : Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar diatas perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih keatas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong.”

d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu

Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau :
“Ulama’ telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya…sesungguhnya telah datang hadis :”Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong…..”(Riwayat Muslim didalam muqadimahnya yg Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya …. maka disana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb……….”

sumber rujukan:

http://soaljawab.wordpress.com/2007/07/17/fadhilat-rejab-antara-realiti-dan-fantasi/

………………………………………………………………………………………………………………

Rejab secara bahasa bermaksud mengagungkan atau memuliakan. Bulan Rejab merupakan bulan yang ke tujuh dalam kalendar hijrah. Ia dinamakan Rejab kerana orang-orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan bulan ini lantas mengharamkan apa jua bentuk peperangan pada bulan ini. Di antara kabilah Arab yang ekstrem dalam mengagungkan bulan Rejab ini adalah bani Mudhar.

Di dalam kalendar umat Islam terdapat dua belas bulan yang mana Allah S.W.T. telah memuliakan empat bulan darinya. Firman-Nya:
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya) ; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. – al-Tawbah (9) : 36

Imam al-Qurthubi berpendapat tafsiran “maka janganlah kamu menganiaya diri kamu” di dalam ayat di atas bermaksud jangan seseorang itu menjadikan apa yang diharamkan pada bulan ini halal dan janganlah mengharamkan apa yang halal.

Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut:
Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662

Ternyata bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang telah dimuliakan oleh Allah S.W.T..

Untuk mengetahui apakah amalan-amalan sempena Rejab sila ke
http://akob73. blogspot. com/2008/ 06/artikel- tentang-bulan- rejab.html

Pidato Perdana – Dr. Mohd Asri @ Masjid KL

Poster pidato perdana

Ingatan kepada PEROKOK (smokers) – STOP SMOKING!

Perokok lebih hina daripada lembu – Nik Aziz

KOTA BAHARU 27 Mac – Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

“Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

“Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. — Bernama

……………………………………………………………………..

Cigarette Smokers Are More Despicable Than Cows, Says Nik Aziz

KOTA BAHARU, March 27 (Bernama) – Muslims who portray their Islamic image by wearing robes and skull caps, but smoke cigarettes, are more despicable than cows, Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said today.

He said cigarette smoking was banned by Islam and doctors because the habit was hazardous to health.

“For example, a cow which defecates in the middle of the road, (we) cannot take legal action against it because it has no brain and cannot think, but human beings, who have brains, for them to do something which is wrong in religion and health wise, what more when they are in an attire which symbolises Islam (wearing of skull caps and robes), they can be regarded as being more despicable than cows,” he said in his weekly religious talk here today.

Later, when met by reporters, Nik Abdul Aziz, who is also PAS spiritual leader, said PAS would campaign for the public to boycott mainstream newspapers in reaction to the federal government’s suspension of the publishing permits of Harakah and Suara Keadilan, the mouthpieces of PAS and Parti Keadilan Rakyat, respectively.

The Home Ministry suspended the publishing permits of the PAS and PKR party organs with immediate effect on March 23.

According to Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar, the action was taken because they often published articles which were defamatory and aimed at causing confusion and disharmony in society.
– BERNAMA

Source : http://www.bernama.com.my/bernama/v5/newsindex.php?id=399539

Technorati Tags: ,,,

Mata paling besar CONTEST!

Vote mata yang paling besar hehehe…..

 

P3210258

 

 

Peserta no. A2001 : Izzah

 

 

 

 

P3210257

 

Peserta no. A2002 : Iffah

 

 

 

 

 

P3210259

 

Peserta no. A2003:Hazim

 

 

Azlina’s Wedding (ibuhazim’s colleague)

A happy red & white theme wedding day….

 

P3080011

Pengantin dan kawan-kawan

P3080006

Pengantin bersantap….tingginya kek!

P3080005

candid!

LIFEBOOK 2009 …wanna share these with others

ibuhazim’s Tags: ,,,

Health:

1.    Drink plenty of water

2.    Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar

3.    Eat more foods that grow on trees and plants, and eat less  food that is manufactured in plants

4.    Live with the 3 E's -- Energy,  Enthusiasm, and Empathy

5.    Make time for prayer

6.    Play more games

7.    Read more books than you did in 2008

8.    Sit in silence for at least 10 minutes each day

9.    Sleep for 7 hours

10.   Take a 10-30 minutes walk every day ---- and while you walk,  smile

Personality:

11.  Don't compare your life to others'. You have no idea what  their journey is all about.

12.  Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present            moment.

13.  Don't over do ; keep your limits

14.  Don't take yourself so seriously ; no one else does

15.  Don't waste your precious energy on gossip

16.  Dream more while you are awake

17.  Envy is a waste of time.  You already have all you need..

18.  Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.

19.  Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate  others.

20.  Make peace with your past so it won't spoil the present

21.  No one is in charge of your happiness except you

22.  Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.

23.  Smile and laugh more

24.  You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Community:

25.  Call your family often

26.  Each day give something good to others

27.  Forgive everyone for everything

28.  Spend time with people over the age of 70 & under the  age of 6

29.  Try to make at least three people smile each day

30.  What other people think of you is none of your business

31.  Your job won't take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:

32.  Do the right things

33.  Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful

34.  GOD heals everything

35.  However good or bad a situation is, it will change

36.  No matter how you feel, get up, dress up and show up

37.  The best is yet to come

38.  When you awake alive in the morning, thank GOD for it

39.  Your Inner most is always happy.

PASTI WP Soccer & Netball Tournament

7 hb Mac yang lalu, Mohamad Hazim telah mewakili sekolah PASTI AN-NUR di kejohanan bola sepak peringkat Wilayah Pesekutuan.

Setiap sekolah  menghantar satu pasukan dan acara tahunan ini telah di adakan di padang PPR kerinchi yang mana Lembah Pantai menjadi tuan rumah.

Setiap pasukan telah bermain 2 perlawanan pusingan seterusnya pasukan yang menang layak ke separuh akhir. Pelawanan 4 pasukan tersebut menentukan 2 pasukan perlawanan akhir yang sengit.

Pasukan yang sama kuat dan sama handal iaitu  PASTI NURUL IMAN dan PASTI As-Salam telah bermain dengan penuh semangat kesukanan dan telah mendapat sokongan padu dari setiap penyokong masing-masing dengan berkeputusan PASTI As-Salam menang 3-2,  mengekalkan kejuaraan yang telah dimenangi pada tahun lalu.

Pasukan yang yang kalah pada peringkat separuh akhir pula bermain bersungguh-sungguh untuk penentuan tempat ketiga dan ke-empat. Pasukan Hazim – PASTI AN-NUR delah memenangi perlawan tersebut dengan dengan 3-0 dengan itu mendapat tempat ketiga kejohanan.

Untuk perlawanan bola jaring pula, hanya perlawanan akhir sempat di tonton kerana perhatian ditumpukan kepada perlawanan bola sepak yang telah berlangsung serentak. Pasukan bola jaring dari PASTI An-NUR telah berjaya menjadi juara.

Sungguh membanggakan sekali kerana Kempat-empat pasukan yang telah layak keseparuh akhir adalah pasukan tuan rumah – Lembah Pantai. Sekalung tahniah dan pujian keatas usaha gigih dan tekun cikgu, ustazah, ustaz serta semua yang terlibat melatih bakat-bakat muda pemain bola sepak PASTI. Semoga tidak jemu terus mendidik anak-anak bangsa samada dalam pendidikan atau sukan. Begitu juga semoga anak-anak PASTI juga akan terus bersemangat cemenrlang dalam pelajaran dan cergas dalam sukan.

Semangat kesukanan dan setiakawan dapat dilihat dengan jelas dari kejohanan tersebut. Sekiranya ada pemain terjatuh atau dijatuhkan, mereka akan sama-sama membantu walau dari pasukan jersi lawan. Adab bersalam sebelum dan selepas bermain juga diterapkan dengan baik dan pasti telahpun dipraktiskan sepanjang tempoh berlatih. Semoga sifat dan adab yang baik boleh terus dipraktiskan sepanjang masa dan dimana-mana oleh ana-anak PASTI kita.

Juara kejohanan bola sepak dan bola jaring, PASTI As-Salam (jersi biru) dan PAST An-Nur, masing-masing akan mewakili Wilayah Persekutuan untuk tournament peringkat negeri yang dijangka pada 27-28 Jun 2009.

Pusingan 1

 Pusingan 2

 Separuh Akhir

Penentuan tempat ke3 dan ke4

 Bersalam sebelum perlawanan

 Juara bola sepak bergambar kenangan bersama YB Dr. Lo' Lo'

Hazim with Ayah and 2 kakak

Juara Bola Jaring Bergambar bersama Cikgu dan ustazah

Maulid: Antara Sejarah Dan Amalan

Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Disiarkan pada Mar 08, 2009 dalam kategori Dakwah |

Para sarjana sejarahwan Islam berbeza pendapat tentang tarikh sebenar kelahiran Nabi s.a.w. Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim hanya menyebut bahawa baginda lahir pada hari Isnin tanpa menyebut haribulannya. Sesiapa yang membaca karya-karya sejarah Islam yang besar seperti al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) akan melihat berbagai pendapat tentang haribulan dan bulan kelahiran baginda s.a.w.

Bagi yang berpendapat baginda lahir pada Bulan Rabi’ul Awwal, mereka berbeza pendapat pula dalam menentukan haribulannya. Ada yang menentukan pada 8 haribulan, ada yang pada 9 haribulan, ada pula pada 12 haribulan seperti yang menjadi anggapan ramai, ada juga pada 17 haribulan dan seumpamanya. Di samping di sana ada pula sarjana Islam yang menyatakan baginda lahir pada Bulan Ramadan dengan hujah-hujah mereka yang tersendiri.

Apa pun yang penting, sejarahwan Timur atau Barat, Utara atau Selatan tidak pernah berbelah pendapat tentang lahirnya seorang insan bernama Muhammad bin ‘Abdillah yang diikrarkan oleh umat Islam sebagai rasul terakhir yang diutuskan Allah. Hal ini berbeza dengan Jesus yang berada dalam gambaran Barat. Setengah ahli kajian mereka mempertikaikan tentang kelahiran Jesus itu sendiri.

Kelahiran Nabi s.a.w adalah peristiwa yang amat penting kerana ia peristiwa yang memulakan episod baru bagi kehidupan manusia sejagat. Penentuan haribulan atau bulan secara tepat bukanlah faktor utama. Tidak dapat menentukan tarikh lahir yang pasti, bukan bererti seseorang itu tidak wujud. Entah berapa ramai para nabi, tokoh, individu yang gagal dikesan tarikh kelahiran mereka, tetapi mereka wujud dan telah mewarnai sejarah.

Kegagalan sarjana untuk mengetahui hari dan bulan sebenar kelahiran Nabi s.a.w antaranya berpunca daripada tindakan para sahabah Nabi s.a.w yang tidak merayakan tarikh tersebut. Walaupun dalam sejarah Islam, merekalah generasi yang paling mencintai Nabi s.a.w namun mereka tidak membuat perayaan khas hari kelahiran baginda disebabkan kerana mereka tidak melihat baginda melakukan hal yang demikian.

Bahkan Ibn Kathir menceritakan bagaimana Saidina ‘Umar apabila dicadangkan permulaan tahun Islam dikira pada tahun kelahiran Nabi s.a.w, beliau menolaknya. Sebaliknya khalifah agung itu memilih tahun hijrah baginda sebagai permulaan kiraan. Bukan kelahiran tidak penting, tetapi hijrah adalah permulaan kejayaan dan sejarah perjuangan. Perkara yang paling utama buat seorang rasul ialah baginda diikuti, bukan sekadar dirayakan. Saban tahun orang Kristian Barat merayakan kelahiran Jesus, namun apakah kehidupan mereka sama seperti yang diajar oleh Jesus?

Hari berganti dan bertukar. Dunia Islam beralun dengan berbagai krisis politik yang akhirnya mencetuskan mazhab. Antaranya Mazhab Syiah yang asalnya merupakan mazhab politik, bertukar menjadi mazhab agama dengan segala macam aliran di dalamnya. Islam sepatutnya mencorakkan politik telah bertukar menjadi ‘politik mencorakkan Islam’. Lalu kefahaman agama dibina di atas blok-blok politik, bukan reka fikir politik itu diwarnakan oleh Islam. Maka perebutan kuasa berlaku atas agenda politik yang dimasukkan unsur Islam ke dalamnya. Maka berselerakanlah umat Islam akibat agenda politik berbagai aliran.

Di Mesir, Syiah Fatimiyyah pernah menguasai tampok kuasa. Berbagai agenda agama dilaksanakan dalam kerangka pemikiran mazhab politik yang bertukar menjadi agama. Berbagai perayaan agama dibuat dengan tujuan untuk mencapai matlamat politik yang tersendiri.

Dalam Fatawa al-Azhar diakui bahawa ahli sejarahwan Islam tidak mengetahui sesiapa pun yang memulakan perayaan Maulid Nabi s.a.w melainkan Kerajaan Syi’ah Fatimiyyah di Mesir yang mengadakannya secara besar-besaran. Mereka turut meraikan hari kelahiran tokoh-tokoh Ahlil Bait dan kelahiran Nabi Isa a.s. Kemudian pada tahun 488H dihentikan oleh Khalifah mereka al-Musta’la billah. Kemudian dihidupkan kembali oleh sesetengah kerajaan dan negeri. Demikianlah sejarahnya.

Ya, saya fikir, perasaan bersyukur mengenangkan sejarah kelahiran Nabi s.a.w dengan semangat untuk mengikuti baginda adalah wajar. Di samping kita perlu sedar fakta-fakta yang disebutkan tadi. Jika Bulan Rabi’ul Awwal ini dikatakan bulan kelahiran Nabi s.a.w, maka tidak salah untuk kita berceramah menceritakan sejarah perjuangan dan prinsip-prinsip Islam yang dibawa oleh baginda. Sama ada pada bulan ini atau selain. Sama seperti apabila kita melintas suatu tempat bersejarah, kita mengenang sejarah tersebut. Cuma janganlah kita ini menjadi manusia bermusim yang hanya mengenang rasul dan ajaran baginda pada hari-hari tertentu, tetapi kita seakan sudah tidak mengingati baginda selepas itu.

Di samping itu, hendaklah kita sedar, jika kita mengikuti Nabi s.a.w, maka pastikan kita tidak menokok tambah ajaran baginda apa yang baginda tidak izinkan. Baginda bersabda:

“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak” (Riwayat Muslim).

Oleh kerana baginda tidak pernah menunjukkan kita ibadah khas sempena kelahiran baginda samada solat khas, atau puasa khas atau bacaan khas, maka kita tidak boleh mengadakannya. Jalan yang patut diikuti dalam masalah ini adalah jalan para sahabah baginda s.a.w. Sabda baginda s.a.w:

“..Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak”. Mereka bertanya: “Apakah puak itu wahai RasululLah?” Jawab baginda: “Apa yang aku dan para sahabahku berada di atasnya”. (Riwayat al-Tirmizi dinilai sahih oleh al-Diya al-Maqdisi).

Perlu diingat, antara keistimewanya sejarah Nabi s.a.w kerana ia dapat dikenal pasti antara yang tulen dan tokok tambah. Ini berbeza dengan sejarah pengasas-pengasas agama dalam dunia ini yang hampir keseluruhan sejarah mereka dibina atas sangkaan atau perkhabaran yang tidak pasti. Ilmu hadis yang menapis sanad dan matan telah memelihara fakta sejarah nabi kita Muhammad s.a.w. Hanya sejarah yang pasti sahaja yang menjadi ikutan kita, bukan yang direka.

Kata al-Sayyid Sulaiman al-Nadwi:

“Sesungguhnya sirah yang berhak diikuti oleh manusia sebagai contoh yang baik dan teladan yang tinggi disyaratkan terlebih dahulu mestilah bersifat tarikhiyyah (sejarah). Adapun sirah yang tertegak diatas dongengan dan cerita-cerita khurafat yang tidak disokong oleh riwayat-riwayat yang dipercayai kesahihannya, adalah menjadi tabiat insan tidak akan terpengaruh dengan apa yag diceritakan kepadanya tentang sirah peribadi yang direka sedangkan sejarah tidak pernah mengenalinya” (Sulaiman al-Nadwi, al-Risalah al-Muhammadiyyah, m.s. 41, Saudi: al-Dar al-Sa`udiyyah).

Buku Maulid al-Barzanji yang banyak dibaca dalam masyarakat kita ketika majlis kenduri-kendara atau selainnya mempunyai sumbangan yang tersendiri. Banyak sirah yang sahih dicatatkan oleh penulis karya tersebut iaitu Ja’far bin Hasan bin `Abd al-Karim al-Barzanji (meninggal 1187H). Namun satu hakikat yang diboleh dinafikan dari segi ilmu hadis bahawa terdapat fakta-fakta yang tidak sahih dalam buku al-Barzanji tersebut. Antaranya, beliau menyebut:

“Telah hadirlah pada malam kelahiran baginda (Nabi s.a.w.) Asiah (isteri Fir`aun yang beriman) dan Maryam (ibu Nabi Isa a.s.) dalam kumpulan wanita dari syurga)”.

Tiada satu riwayat yang sahih daripada Nabi s.a.w yang mengakui peristiwa seperti ini. Sehingga seorang pengkaji sejarah Muhammad Muhammad Hasan Syurrab menyebut:

“Wajib kita berhati-hati ketika memetik dari buku-buku sirah terutamanya buku-buku sirah yang terkemudian. Para rawinya (periwayat) banyak menokok tambah cerita dan sirah Rasulullah. Mereka mengaitkan kepada baginda mu’jizat dan perkara-perkara luar biasa sejak kelahiran sehingga kepada kewafatan baginda dengan perkara yang tidak ada sanad yang boleh dipegang. Seakan-akan para rawi ini melihat tujuan penambahan perkara-perkara luar biasa ini untuk memberikan kepada Rasul a.s. mu’jizat-mu’jizat yang tidak ada pada para nabi sebelum baginda (Muhammad Muhammad Hasan Syurrab, Fi Usul Tarikh al-`Arab al-Islami, m.s. 84, Damsyik, Dar al-Qalam).

Kita semua bersyukur dan bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Namun kita wajib pastikan cara kita ikut dan faham mengenai baginda. Saban tahun banyak pihak yang meraikan maulid, apakah umat Islam bertambah dekat dengan baginda?

source : http://drmaza.com/home/?p=567

ibuhazim’s Tags: ,,

Wasiat Al-Banna ke-8, Jauhi bicara aib orang lain

Fahri Abdullah al-Masri
Sat | Feb 28, 09 | 5:00:54 pm MYT

“Jauhkan daripada membicarakan keaiban orang lain atau melukai mereka dalam bentuk apa pun dan jangan berbicara kecuali yang baik,” kata Hasan al-Banna.

Imam Hasan al-Banna menyeru umat Islam, khasnya para da’ie agar menjaga lidah dan semua ini boleh dilakukan dengan meneropong kesilapan dan kelemahan diri mereka sendiri.

Apabila seseorang itu kerap bermuhasabah, meneropong kesilapan dirinya sendiri, mereka akan kurang membicarakan aib orang lain. Dengan ini, terciptalah dunia yang aman.

Bagaimanapun, perihal aib ini adalah termasuk dalam kategori aib peribadi. Namun, dalam hal salahlaku pemerintah yang melakukan kesilapan dalam pentadbirannya, maka hal ini tidaklah termasuk dalam perbincangan ini.

Ini kerana, perihal salahlaku pemerintah itu mestilah dicegah agar mudaratnya tidak akan melimpah ke atas masyarakat manusia seluruhnya.

Sepotong hadis Rasulullah s.a.w menyebutkan bahawa, “Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah s.w.t akan menutup keaibannya di akhirat kelak.”

Jadi, inilah antara kaedah untuk menghalang rahsia dan aib kita didedahkan Tuhan di hari akhirat kelak.

Ada sebab-sebabnya kenapakah kita suka membuka rahsia keaiban orang lain. Kebanyakannya sikap ini bermula daripada perasaan dengki dan iri hati.

Lalu, meluap-luaplah perasaan untuk menjatuhkan maruah, imej dan reputasi orang lain di dalam kerjaya mereka misalnya.

Padahal, keaiban dan kelemahan seseorang itu memang berlaku dalam urusan Allah. Tuhan sendiri telah menyatakan bahawa manusia itu dicipta dalam serbu kekurangan dan mereka tidak sempurna.

“Wa khuliqal insanu dha’ifan – dan diciptakan manusia itu dalam keadaan daif.”

Kita sendiri mesti ada kelemahan. Maka sebab itulah persaudaraan itu penting agar dengan itu kelemahan kita akan ditampung oleh kekuatan orang lain. Dan, kekuatan kita menampung kelemahan orang lain.

Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Apa yang menjadi masalah ialah manusia itu sendiri berasa dirinya cukup sempurna lalu dia angkuh dengan pemberian Tuhannya.

Maka jelaslah di sini bahawa bahaya lidah berpunca daripada hati yang tidak bersih, suka menghina orang lain kerana berasa dirinya sudah baik.

Sekali peristiwa, tersebutlah kisah di mana Tuhan mahu mencipta makhluk yang baru, iaitu Nabi Adam a.s. Pada ketika itu, diriwayatkan bahawa Iblis pada ketika itu digelar Azazil dan dia menjadi guru kepada para malaikat lantaran kelebihan ilmunya.

Iblis berasakan bahawa tiada orang yang boleh menandingi kesolehannya, kewarakannya dan ilmunya. Sehinggalah dengan tiba-tiba tercipta Adam a.s.

Ekoran cemburu, dengki dan iri hati itulah, maka Iblis sampai sanggup menghina Adam a.s dengan katanya, “Aku lebih baik daripadanya (Adam). Engkau ciptakan aku daripada api dan Engkau ciptakan dia daripada tanah!”

Demikianlah kata Iblis ketika dia diperintahkan Tuhan untuk sujud bersama-sama malaikat ke atas Adam a.s itu.

Jelas di sini. Ketika hati tidak bersih, jiwa dibalut rasa angkuh, maka lidah pun secara tidak langsung akan lebih mudah menghina orang lain.

Sedangkan, jelas wujud arahan di dalam al-Quran yang memerintahkan kita agar jangan hina orang lain. Ini kerana, mungkin yang dihina itu lebih baik daripada si penghina.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan itu) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujurat: 11 - 12]

Perbaiki hubungan persaudaraan

Maka, wasiat Hasan al-Banna yang ke-8 ini barangkali sumber, asas dan dasarnya digali daripada surah al-Hujurat yang merincikan nilai-nilai moral dan akhlak yang sepatutnya dijunjung dan diwarisi oleh umat Islam seluruhnya.

Dengan menjaga lidah, maka hubungan persaudaraan terpelihara. Ini kerana, masing-masing orang tidak akan mencederakan perasaan orang lain melalui kata-kata.

Dan, inilah sebenarnya yang diperjuangkan oleh Hasan al-Banna. Iaitu, mengembangkan rasa persaudaraan Islam sejagat. Dengan lidah persaudaraan terhakis dan melalui lidah jugalah ikatan persaudaraan kembali terjalin.

Hubungan ukhwah, perpaduan antara Islam ini jangan dilihat dari sudut yang kecil saja seperti hubungan kejiranan dan hubungan di tempat kerja semata-mata.

Yang lebih mustahak, ialah kita menyelami hasrat dan keinginan Imam Hasan al-Banna ini yang mahukan Islam itu menjadi ‘ustaz’ kepada alam ini. Pada tahap itu, umat Islam di dunia adalah murabbi, pengasuh dan pendidik di dunia.

Demikianlah tingginya cita-cita beliau itu. Jadi, hubungan ukhwah persaudaraan Islam ini tentunya bersifat menjelajah ke antara benua, merentas sempadan negara-negara Islam. Mungkin, yang lebih utama ialah bagaimanakah mahu membentuk ikatan persaudaraan antara pemimpin-pemimpin dan umat Islam seluruhnya.

Kita melihat, tiadanya kesepakatan antara Negara-negara Islam sendiri dalam isu Palestin yang ditindas. Umat Islam di Patani dan lain-lainnya.

Tapi, tiada pula percakaran dan pertengkaran yang besar-besar antara Negara-Negara Islam. Kalau pun ada, ia melibatkan kes perang Iraq dan Iran pada satu masa dahulu. Maka hendaknya persefahaman antara pemimpin negara Islam dapat dijalin bersama bagi menyatukan tindakan mereka pada masa hadapan.

Berkatalah yang baik-baik sahaja
Akhirnya Hasan al-Banna berwasiat, jika kita ingin berbicara, maka pastikanlah bahawa isi dan inti percakapan itu cuma yang sarat terisi dengan kalimah yang baik-baik sahaja, menyeru ke arah kebaikan dan mengajak orang-ramai meninggalkan segala yang merosakkan amalan, fikiran dan jiwa dan anggota tubuh badan.

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, “.. sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka katakanlah hal-hal yang baik atau lebih baik diam sahaja.” Apabila seseorang itu berdiam, dia akan terus-menerus berzikir, berwirid. Semua ini menunjukkan bahawa waktu seseorang Muslim itu sangat berharga dan setiap masa yang berlalu tidak digunakan ke arah yang tidak berfaedah.

Apabila berbicara, mereka mengungkapkan hal-hal yang baik-baik. Jika berdiam diri, mereka akan berzikir secara rahsia.

Dilulus terbit pada Tuesday, February 10 @ 07:40:00 MYT oleh TokBatin

Coretan @ Luahan Oleh ustzul
 Semasa Nabi Muhammad balik daripada tugas dakwah di Thaif, setelah menerima tentangan yang begitu hebat, sehingga mengalir darah yang begitu banyak, baginda telah membuat keputusan untuk pulang semula ke Mekah.
Lalu baginda ditanya oleh Sahabat baginda yang menjadi teman dalam perjalanan, yang bernama Zaid Bin Harithah R.A ” Wahai Rasulullah! bagaimana engkau mahu berpatah balik ke Mekah sedangkan mereka telah mengusir engkau keluar! lalu soalan itu dijawab oleh baginda dengan yakin & tenang dengan sabdanya: “Wahai Zaid sesungguhnya apa yang kamu lihat (daripada pelbagai bentuk tekanan & penyiksaan) ini, sebenarnya Allah menjadikan disebalik kejadian itu, pelepasan & jalan keluar. Sesungguhnya Allah adalah pembantu agamaNya & pemberi kemenangan kepada NabiNya!”
Perjalanan dakwah Nabi ke Thaif sebenarnya tidak menambah sebarang keuntungan dari sudut politik mahupun sokongan bahkan Nabi menerima tekanan yang jauh lebih hebat berbanding di Mekah. Tiba-tiba jawapan daripada Nabi adalah menyalahi kefahaman kita sebagai manusia biasa, sekaligus mengajar kepada kita bagaimana seorang pejuang Islam itu berfikir untuk masa depan politiknya.
Ini memberi erti bahawa segala bentuk tekanan yang diterima oleh baginda tidak menjejaskan keyakinan baginda terhadap Allah mahupun keyakinan diri baginda yang sentiasa positif. Kalaulah panduan ini tiada, sudah pasti kita juga akan merasakan lemah, putus asa & cepat mengalah. Kenapa baginda tidak merasa cemas? Ini adalah kerana baginda tidak bergantung kepada kekuatan lahiriah baginda, tetapi baginda bergantung kepada Allah. Segala-galanya pasrah kepada Allah. Ini berbeza dengan kita bila berhadapan dengan situasi yang semakin menekan. Lebih-lebih lagi kita merasa cemas bila berlaku rampasan kuasa di Perak. Kalau tidak ada perasaan itu pun, setidak-tidaknya ada perasaan marah, geram bila ada yang cuba menafikan kemaraan Pakatan Rakyat bagi mengambil alih Kerajaan Pusat. Kenapa kita merasa cemas? Ini adalah kerana kita terlalu bergantung kepada kekuatan kita sahaja dan tidak kepada Allah. Pergantungan yang seperti ini, adalah pergantungan yang sangat lemah….
Namun demikian, agak sukar sebenarnya untuk kita menumbangkan UMNO. UMNO sebenarnya masih kukuh! Kita boleh buat perbandingan antara kita & UMNO dari sudut kuasa yang mereka miliki & kuasa yang kita miliki . Ternyata mereka masih kukuh berbanding kita. Dari sudut apa jua ia masih kukuh. Ini perlu diakui oleh setiap kita yang menjadi pendokong Pakatan Rakyat.
Kalau lah kita ditakdirkan mempunyai kekuatan yang sama seperti UMNO atau lebih kuat daripada mereka, namun dalam perjuangan Islam kita masih dianggap lemah bila bergantung kepada kekuatan kuasa & kerajaan semata-mata. Kalau kita merujuk kepada Kitab Fiqh Sirah , Dr Mohd Said Ramdhan Al-Buty(menjadi silibus Lajnah Tarbiyah Pas Pusat) bahawa apabila pendokong gerakan Islam hanya menumpukan kekuatan mereka kepada kekuatan fizikal semata-mata, maka secara spontan mereka akan menjadi lemah. Contohnya bila kita mengusai 5 buah negeri (sekarang tinggal 4), hanya bergantung kepada 4 buah negeri ini sahaja untuk menguasai Putrajaya, tanpa sandaran yang kuat kepada Allah, ertinya kita bersandar dengan kekuatan yang sangat rapuh! Ini perkara yang perlu kita faham…..
Seolah-olah kita hampir lupa dengan bantuan Allah yang pernah kita minta dalam Pilihanraya Umum Mac 2008 yang lalu. Sebab pada ketika itu kita susah, segala kekuatan tiada, hampir lumpuh setelah kita merundum dengan begitu teruk pada piliharaya 2004. Suasana politik juga mahu kesedaran politik perlu wujud bagi memberi amaran kepada UMNO & BN. Maka tiada kuasa yang diharapkan oleh kita pada masa itu kecuali Allah & para malaikatNya! Doa tidak putus-putus dibaca oleh kita, walaupun sehingga pukul 5.30 petang bilik gerakan seluruh Kelantan memaklumkan Kelantan bakal jatuh ke tangan BN pada hari pengundian 8 Mac yang lalu. Namun tanpa disangka akhirnya Allah memberikan kemenangan kepada kita. (Situasi ini lebih kurang sama dengan Peperangan Badar)
Namun bila suasana politik telah memihak kepada kita, seakan-akan kita lupa kepada kuasa yang memberikan kita kredit di dalam politik domestik, iaitu Allah! Maksudnya seolah-olah kita begitu teruja dengan segala kekuatan yang kita miliki, lalu kita bergantung kepada kekuatan itu, lalu lupa kepada Allah. Tak perlu solat hajat, tak perlu solat tahajjut, tak perlu doa, apa yang penting rakyat telah memberikan sokongan kepada kita. Maka atas alasan itu, kita terasa “confident” yang melampau sehinga sombong & bongkak!(Situasi ini pula lebih kurang sama dengan Peperangan Hunain)
Situasi yang kita lalui sekarang sebenarnya telah dilalui oleh baginda bersama sahabat-sahabatnya. Ini bermaksud pengajian Fiqh Sirah ini bukan sekadar catatan sejarah, bahkan ianya adalah satu manual lengkap yang telah ditinggalkan oleh baginda yang catatannya bakal berulang kembali.
Umum telah mengetahui bahawa baginda tidak mewariskan dinar mahupun dirham , akan tetapi baginda mewariskan kepada kita ilmu, sesiapa mengambil daripadanya, ertinya ia telah mengambil satu bahagian yang sangat besar!
Situasi yang dimaksudkan seperti yang disebut di atas ialah Peperangan Badar & Peperangan Hunain . Dr Mohd Said Ramdhan Al-Buty menjelaskan dalam kitabnya Fiqh Sirah, bahawa Peperangan Hunain adalah pelengkap kepada Peperangan Badar. Kedua-duanya saling lengkap-melengkapi bagi i’ktibar pejuang akhir zaman.
Peperangan Badar menyaksikan bahawa golongan yang sedikit, tidak terjejas sedikit pun bila berdepan dengan musuh mereka yang ramai, jika mereka bersabar & bertaqwa. Manakala Peperangan Hunain pula menyaksikan bahawa golongan yang ramai tidak memberikan kesan & momentum yang kuat jika mereka tidak bertaqwa & bersabar!
Ini bermakna :
1) Orang Islam dalam Peperangan Badar mempunyai bilangan tentera yang paling sedikit jika mahu dibandingkan dengan dengan peperangan-peperangan yang lain. Namun sedikitnya mereka itu, tidak terjejas dengan sebab benarnya islam mereka, masaknya iman mereka & mereka terlampau wala’ kepada Allah dan RasulNya.
Firman Allah : “Sesungguhnya kami telah memberikan kemenangan kepada kamu dalam Peperangan Badar, di dalam keadaan kamu yang lemah”.
2) Orang Islam dalam Peperangan Hunian pula, jauh lebih ramai berbanding dengan peperangan-peperangan yang lain sebelumnya yang sertai oleh umat Islam! Namun ramainya mereka tidak memberikan kesan kerana makna iman & islam tidak begitu kukuh dalam hati mereka. Mereka lebih bergantung kepada kekuatan ramai berbanding pergantungan secara total kepada Allah.
Firman Allah dalam ayat 25 dan 26 surah al-Taubah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (wahai orang mukmin) di medan peperangan yang banyak. Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu di waktu kamu merasa bangga kerana ramainya jumlahmu. Maka jumlah yang ramai itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. Dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada rasulNya dan kepada orang-orang yang beriman. Dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir. Dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang kafir. “
Adakah ini beerti kita tidak perlu berusaha? Jika kita rujuk semula kepada peperangan yang dilakukan oleh baginda dalam kedua-dua peperangan di atas, ia menafikan secara total, perjuangan tanpa usaha.

“APA YANG DILARANG IALAH, MENGALIHKAN TUMPUAN KEPADA KEKUATAN FIZIKAL MELEBIHI MENUMPUKAN KEKUATAN KEPADA ALLAH”

Sebab itu, kalau hanya sekadar kita telah menang di 5 buah negeri diikuti dengan Permatang Pauh & Kuala Terengganu, selepas itu kita pun mendabik dada dengan berkata “SEDIAKAN KERANDA UNTUK UMNO”
Itu maknanya kita bergantung kepada kekuatan itu sahaja, lalu kita bakal dikalahkan oleh UMNO….
Namun jika ucapan kita itu ada berlapik dengan pergantungan kepada Allah, sewajarnya ucapan begitu tidak akan keluar daripada mulut kita. Bahkan bila kita menang kita diminta untuk bertasbih & beristigfar! Ini adalah kerana , kita bimbang gagal menjadi agen perubah & penyelamat yang lebih baik daripada UMNO & BN.
Begitu unik ajaran Islam, dalam kita memerangi mereka, di sana ada adab & tatsusila yang perlu dijaga. Sudah tentunya ingin menjaga perkara ini mesti ada sifat sabar & ketaqwaan.
http://www.dppnjohor.blogspot.com/